Sunday, 11 December 2016
Program Konsolidasi Patriotisme ekonomi bumiputera
First time dengan nama program, memang semangat aku berkobar2 la .. Apa lagi, terus aku pm nombor yang tertera. Bila dia maklumat peribadi aku, aku terus bagi tanpa banyak soal. Yelah, takut melepas pulak karang.
Program ni dianjurkan di Universiti Malaya. Huish dengar nama tempat pun dah gerun kan. Aku pun agak teruja jugak la masuk UM ni (walaupun aku tak berapa minat sangat pun masuk UM).. Besar gilo weh. Rasa macam 2 kali ganda besar dari UKM ni. Kalau kat UKM, fakulti kolej rapat2 gak la. Tapi kat sana, pehhh... jenuh nak jalan. Nama kolej dorang pun takde nama. Kolej kediaman satu, kedua, ketiga.. punyalah malas nak letak nama mcm UKM, Kolej Rahim Kajai. Ha baru nampak moden sikit. ( Jangan marah eh dak2 UM. Den melawok ajo)
Walaupun agak penat dengar ceramah, tapi banyak gak la yang aku dapat. Ilmu dapat, makanan pun dapat. Sodap bonar makanan dorang bagi. Den rembat 2 terus. Hehe. Lebih, den amik la. Rezeki jangan ditolak.
Kbai
Sunday, 4 December 2016
Program Jajah Minda
4-12-2016
Hari ni hari yang amat bertuah bagi aku sebab dapat dengar talk dari 2 orang jutawan melayu yang sangat hebat dalam dunia perniagaan iaitu founder ByDrAzlan dan Abib Jamu Mak Dara (gambar) .
Dua2 kelakar, dua2 best. Semangat aku untuk menceburi dunia perniagaan terus membuak2 bila dengar dorang punya motivasi.
p/s - Tuan Abib sedang menggayakan salah satu baju yang aku jual dan beliau sangat tertarik dengan baju tu. 2 baju terus dia rembat. Apa2 pun terima kasih Tuan Abib :D
Thursday, 1 December 2016
ALSSUQ ENTERPRISE
ASSALAMUALAIKUM SEMUA
ni adalah antara koleksi baju baju yang aku sendiri jual... kepada sesape yang berminat untuk beli boleh ws 016 - 917 1545
untuk gambar lebih lanjut boleh tengok dekat
FB - www.facebook.com/alssuqent
&
IG - www.instagram.com/alssuqent
Friday, 25 November 2016
Lara Laila
Lentera Kajai sudah beraksi
Setelah sebulan lebih berhempas pulas, akhirnya tiba masanya kitaorang beraksi. Semuanya agak lancar cuma ade kekurangan yang agak banyak di bahagian teknikal ( sebab aku yang kendalikan bende tu ).. tapi takpelah asalkan semua berpuas hati dan happy even kitaorang tak menang apa2 hadiah but aku rasa kitaorang semua dah bagi yang terbaik.
Lentera Kajai The Best!!
Saturday, 12 November 2016
Cari Pengalaman
Cari pengalaman..
Berniaga tidak mudah. Kadang kadang kita untung, kadang kadang rugi. Ada masa kita gembira kira duit, ada masa kita sedih memikirkan berapa banyak duit kita yang melayang. Tapi bagi aku, setiap kali kita cuba sesuatu yang baru, ia mengajar erti kehidupan. Ia mengajar kita sesuatu yang kita tidak dapat sebelum ini. Ia mematangkan kita dari segi berfikir dan perwatakan.Kegagalan dalam berniaga membantu kita untuk terus bangkit dan melakukan kejayaan pada masa akan datang
Wednesday, 9 November 2016
A158182
First Time Kene Make Up Weh !!!
HUHUHU
Ni bukan make up suka suki tau.. Ni adalah untuk penggambaran Lentera Kajai untuk kitaorang punya teater bertajuk 'Lara Laila'.. so muka kene kasi garang sikit..
Sebab Lara Laila ni cerita dia tak seram mana (memang tak seram pun) , cerita dia lebih kepada orang gila, tapi entah kenapa gambar 2 kitaorang semua nak seram2 belaka.. habis muka yang suci mulus ni kene conteng
Ok la tu je kot coretan kali ni.. Kalau korang bosan mohon jangan datang lagi uhuk

Penyakit misteri
Aku paling tak suka bila tengah tengah malam tak boleh tidur. Mengiring ke kanan sudah, mengiring ke kiri pun sudah. Mata still tak boleh lelap. Paling benci bila esok paginya ada kelas atau apa apa program. Takde kelas pun, solat subuh pulak macam mana?
Nak kata penyakit misteri, tak jugak kot. Tapi entahlah.. bila tak leh tidur, mulah smartphone main peranan.. Hmm
Friday, 28 October 2016
Thursday, 13 October 2016
Kembali ke zaman kanak2
Awas! Jangan tengok gambar nanti anda muntah hijau!
Ni la yang terjadi bila dah rasa bosan sangat nunggu bas yang tak kunjung tiba walaupun dah sejam tunggu sampai berjanggut dagu aku ni ha lalu aku buat keputusan dengan menghilangkan janggut itu dengan menjadi kanak2 apabila aku ternampak anak kuda ini di salah satu kedai. Lalu inilah hasilnya hihi.
Friday, 30 September 2016
My Favourite Cap (A158182)
My Favourite Cap!
Hai alls..
Seminggu dah dekat UKM ni. Sekarang dah tiba masa untuk balik kampung wohooo..Rindu rasanya dekat keluarga di kampung ( padahal baru sminggu hmm)
Masa aku kat kampung, terlintas di benak fikiran aku yang agak kusut sejak 2 menjak masuk UKM ni.. Aku perlukan topi. Ye, topi. Memandangkan aku ni dianugerahkan rambut yang sememangkan tidak kemas seperti orang lain, jadi aku perlukan topi untuk tampil kemas di khalayak ramai, bagi menggantikan rambut aku yang sememangnya kusut sejak lahir.
Survey punya survey, akhirnya bertemulah aku dengan sebuah topi ( rujuk gambar ) yang sememangnya berjaya mencuri hati aku ni ( awek tak dapat curi tapi si topi pulak dapat huhu )
Harganya agak mahal ~ Rm 21 ~ tapi demi menjaga kredibiliti ku terpaksa juga membakar duit sebanyak itu dengan tangisan di dalam hati ( kalau menangis betul nanti hilang macho beb ) ..
Sejak hari itu, bermulalah bibik bibik percintaan antara aku dengan topi yang bernama Nothing. Ke mana saja aku pergi, aku akan pastikan si topi akan sentiasa melekat di sisi. Tak kira ribut taufan melanda, kami akan tetap bersama.
Itu saja kot untuk harini. Ada masa kita jumpa lagi :)
Wednesday, 28 September 2016
Dunia baru di UKM (A158182)
Assalamualaikum gais ~~
Lama tak buat blog ( Sebenarnya ni first time buat huhu) ..
Sebab ini first time, so aku tak tau nak mulakan ayat macam mana.. hm. (Bagi cadangan plss )
Hm ok first of all sebab aku buat blog ni adalah untuk assignment aku dan tajuknya pasal diri sendiri, so aku akan ceritakan kat korang sape aku k.. hm da rasa macam artis gitu :D
Namaku Fahmi. Boleh panggil Mi. Jangan panggil mee goreng sudah la da (penat dengan panggilan tu) Tu bukan nama manja. Nama manja awek je leh panggil k :).
Sebelum aku mulakan cerita ni, aku harap awek awek kat luar sana (especially awek UKM) jangan cair k. Jaga iman korang tu hehe. Sebab aku ni lelaki biasa2 je. Tak istimewa manapun. Cuma terlebih kacak je kot. Hmm
Ok la sebelum korang mula mengamuk hadap blog yang ntah pape ni, baik aku mulakan cepat. Kang tak pasal ade yang pecahkan laptop / smartphone korang lak nanti.
First thing, aku ni asal Kajai. Eh silap. Asal Selangor. Walaupun aku asal Selangor, aku membesar kat KL. Korang tau tak KL tu ape? Kalau tak tau meh sini aku nak hempuk kepala. So aku duk KL sampai habis SPM n then keje kat sana sekejap sebelum berpindah ke Sepang, kampung aku.
KL ke kampung lagi seronok?? -crush tanye.
Huish, soalan cepumas apakah ini? Kalau hampa tanya aku, ofkos la aku jawab kampung. Duk KL ni dengan bunyi kete tak henti henti, udara yang tercemar ( juga disebabkan kete), hon kete ( kete punye salah gak), so aku tanpa teragak agak akan cakap kampung la yang terbaik. Tenang (kawasan sekeliling penuh dengan kehijauan, bukan mak kau hijau).. kawasan luas (boleh main bola, ternak ayam, bela lembu, bela unta ).. kalau kenduri buat kat situ gak , takyah susah susah cari dewan ( ha ni specialnya dak kampung tau :) ) ..
So kembali ke topik asal, lepas SPM aku keje sekejap sebelum dapat tawaran masuk matrik. FYI, aku taknak sebenarnya masuk matrik ni. Sebab ape? Terpengaruh dengan hasutan2 alumni alumni matrik yang kata duk matrik susah. Masa padat la takde masa nak sukan itulah inilah zzz. So aku cakap kat bonda ayah nak masuk diploma. Tapi last last tak dapat diploma huhuhu. Aku pun tak tau sebab apa mungkin sebab salah isi kot. Yelah takkan lah smpai poli pun tak dapat kan.. hmm (aku ni tkde la bodo mana smpaikan poli pun tak sanggup terima lelaki sebijak ini)
Sebab matrik je yang ade, so aku masuk la gak matrik ni. 27/5, aku dengan bangganya smpai kembang hidung dengan rasminya menjadi dak dak matrik. Pagi pagi lagi kitaorang dah gerak dari Sepang ke Tangkak, Joho. Jauh ouhhhh :( (first time duk jauh dari keluarga) So agak homesick la awal2 tu. Jadi sebab aku ni laki, nak taknak terpaksa la kontrol macho depan gadis gadis dan menggelakkan mereka yang homesick (walaupun hati ini terasa peritnya)..
Ok stop pasal homesick. Aku nak cerita pasal pelajaran aku lak. Dulu SPM aku ni digelar dak sains. Dipanggil dak dak pandai sebab dapat masuk kelas sains dah biasa sangat singah berehat di telinga ni. Padahal kitaorang dak dak sains tak anggap pun dak dak akaun ke , dak seni ke , dak ert tu sume bodoh. Pada aku, aku tengok dorang sama je. Nak dijadikan cerita bila aku masuk matrik ni aku transform ( bukan transformer ) dari dak sains ke dak akaun. So bila jadi dak dak akaun memang rasa agak kurang pandai bila duduk dengan dak sains huhu..
Bila jadi budak akaun, dengan takde basicnya, memang rasa susah. Dengan debit kreditnya, ABALEH, aset liabiliti semua tu, memang buat aku rasa sakit kepala. Mujur aku ade kawan yang sudi tolong pinjamkan buku akaun form 4. Fahamlah sikit sikit kan...
Aku ingat lagi kata kata Encik Raiad ( muka macam pakcik KFC) ,
"Awak yang dak dak sains ni bila dapat masuk jadi dak bisnes, patut rasa bertuah, sebab apa? Sebab awak bertukar dari kuli ke bos"
Hahaha.. tergelak aku bila dengar dia cakap macam tu. Even ade betulnye, sebab dak akaun ni belaja pasal bisnes, so memang berbakat dalam memimpin perniagaan. Tapi dak sains pun bole je jadi bos :).
Jadi result sem 1 tidak mengecewakan. At least terpampang muka aku kat skrin besar kat dewan muahahaha. Manis betul kenangan tu. Yela, punyalah risau. Aku ingat dapat 3 pointer ke bawah, last last hmmm :) So dengan result sem 1 aku tu, aku pilih UKM jurusan bisnes dengan yakinnya sebagai pilihan no 1 aku.
Pasal sem 2 , aku taknak cerita. Dah penat rasanya tangan ini menaip. Maafff ~
Lepas bergelar ex-KMJ, aku duk memishang di rumah dengan harapan dapat tawaran ke Uni. Paling aku harapka ofkos la UKM dan UPM. Sebab? Dekat dengan rumah je muahaha. And then bulan 6 ( haribulan apa aku tak ingat) aku dapat tawaran temuduga di UKM. Dengan perasaan takjub, aku bagitau ayah aku ( muka dia happy giler sbb aku sorang je yang dapat tawaran temuduga uni) .. Then sampai masanya, kitaorang pergi bertiga. Sebenarnya bonda aku taknak ikut tapi aku cakap mungkin ni je peluang ntuk masuk UKM ( yela takut tak dapat tawaran sebenar) , dia ikut gak.
Tawaran sementara aritu aku dapat gak. Tapi risau gak kalau tak dapat tawaran sebenar. So dengan berbekalkan doa yang aku pohon pada Ilahi ( bukan bajet alim eh) , sambil duk memisang dekat rumah, dapat jugak aku akhirnya diterima sebagai mahasiswa UKM 2016/2017. Syukur Alhamdulillah..
Paling aku tak dapat lupa, lepas parent aku ( bonda, ayah, adik, angah) hantar aku masuk kolej kajai first day aritu, (masatu aku tak berapa sihat) time dorang dah nak balik, ayah aku peluk aku erat. Dia tepuk bahu aku.
"Terima kasih Fahmi. Fahmi buat ayah bangga." sebak nada suara ayah. Aku jadi sebak gak. Tapi aku tahan air mata sampai la kereta ayah menghilang dari pandangan..
"Saya anak kelima daripada enam adik beradik. Saya harap dapat masuk UKM sebab nak penuhkan impian ayah dan bonda sebab anak dia takde sorang pun dapat masuk Uni." -apa yang aku cakap masa temuduga haritu.

Thursday, 15 September 2016
Hang Lekiu membuat persembahan
Yeah.. itu dia pabila Hang Lekiu menyarung pakaian. terasa seperti kembali ke zaman silam woohoo
Ni first time aku buat show jadi model pakai baju camni. Memang rasa lain sangat. Sebab aku sorang je yang pakai pakaian yang melambangkan tradisi orang Melayu. Tambah pula dengan gerakan silat. Haha. Walau apa pun aku enjoy dengan show malam ni wohoooo
Subscribe to:
Comments (Atom)